Tuesday, December 6, 2022

Sarawak Energy bantu 100 mangsa kebakaran di Belaga

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak Energy menyertai agensi prihatin lain dalam menghulurkan bantuan segera kepada 100 penduduk Uma Badeng di Skim Penempatan Semula Sungai Koyan Bakun, Belaga selepas rumah panjang lima pintu di situ musnah dalam kebakaran pada petang Selasa.

Berucap pada majlis penyampaian bantuan pada Rabu, Anggota Dewan Undangan Negeri  Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata semangat kerjasama dan murah hati yang dipamerkan Sarawak Energy, pemimpin masyarakat dan orang ramai, perlu diteladani semua pihak.

“Pada masa seperti inilah kita memerlukan setiap orang tampil menghulurkan bantuan yang amat diperlukan,” katanya.

Penolong pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat Sarawak Energy Jiwari Abdullah berharap bantuan yang diberi itu dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dipikul penduduk terjejas. Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru