Friday, August 19, 2022

Ratu Elizabeth tidak pasang tali pinggang kaledar naiki kereta, warga adu polis!

Secara Rawak

LONDON: Pihak polis West Yorkshire mengesahkan melalui media sosial, pihaknya menerima laporan daripada seorang penduduk, mengadu Ratu Elizabeth II tidak menggunakan tali pinggang kaledar semasa menaiki kenderaannya dalam perjalanan menuju Acara Pembukaan Parlimen Britain.

Aduan tersebut diterima oleh polis West Yorkshire melalui panggilan hotline 999 yang  melaporkan ketua tertinggi monarki itu melanggar peraturan keselamatan lalu lintas negara.

Foto Kredit STUFF.NZ

Okezone pada Sabtu melaporkan, di Twitter, pihak polis mengingatkan warga London agar hanya menggunakan talian kecemasan itu untuk panggilan kecemasan sahaja.

Pihak polis turut menyebut bahawa mengikut undang-undang Britain, Ratu memiliki kuasa mutlak, bahkan tidak tertakluk kepada isu kiriminal.

Memetik laporan Independent pada Jumaat, polis West Yorkshire mencuit di Twitter, “Talian 999 menerima laporan bahawa Ratu tidak memasang tali pinggang kaledar. #Jangan(melaporke)999 #JugaJangankePolisWestYorkshire.”

Dalam undang-undang Britain, penumpang di kerusi belakang kenderaan turut dimestikan memakai tali pinggang kaledar.

Pesalah boleh didenda 500 poundsterling (RM2,700).

Penjelasan pihak polis bagaimanapun menyebut, Ratu sentiasa berhati-hati memastikan semua aktiviti baginda dalam keperluan peribadinya dilakukan menurut undang-undang termampu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru