SEOUL: Choi Soon-sil, sahabat mantan Presiden Korea Selatan  dihukum tiga tahun penjara kerana terbukti bersalah memaksa pihak Universiti Ewha Womans  supaya anak perempuannya diterima masuk sebagai pelajar di universiti itu dan meminta diberi gred yang bagus.

Choi memaksa universiti terbabit dengan menggunakan  hubungannya dengan sahabatnya,  Park Geun Hye yang ketika itu Presiden.

Foto Kredit KALS

Choi Kyung Hee, mantan Presiden Universiti Ewha Womans, dan Namkung Gon,  mantan pendaftar yang bertanggungjawab dalam urusan meluluskan kemasukan pelajar, juga disumbat di dalam penjara selama dua tahun dan satu tahun setengah masing-masingnya kerana memberi keistimewaan kepada Chung Yoo-ra.

Chung diekstradisi dari Denmark  bulan lalu dan kini turut disiasat  kerana disifatkan sebagai suspek utama membabitkan bekas Presiden dengan syarikat Samsung.

Park kini  turut didakwa dalam sejumlah kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan kini meringkuk di sebuah penjara di sini.

Keputusan hakim Pengadilan Daerah Seoul terhadap Choi lebih ringan dibandingkan tuntutan pendakwa yang menuntut Choi dihukum tujuh tahun penjara.

Choi juga dianggap sebagai dalang daripada sejumlah kes kejahatan yang memanfaatkan kedekatannya dengan Presiden Park Geung-hye ketika itu.

Malah, Choi menerima rasuah daripada sejumlah  syarikat konglomerat untuk memudahkan urusan perniagaan mereka.

Hukuman terhadap Choi merupakan kes pertama yang diselesaikan pengadilan daripada sejumlah tersangka termasuk Park Geun-hye. – Sarawakvoice