Wednesday, June 29, 2022

Tangan wanita tersepit dalam mesin pengadun tepung di Samarahan

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Seorang wanita berhadapan detik ngeri apabila tangannya termasuk ke dalam mesin pengadun tepung dan tidak dapat dikeluarkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, insiden berlaku sekitar jam 1.47 petang semalam, ketika mangsa sedang menguli tepung di Gerai Nombor 8, Majlis Daerah Samarahan di Pangkalan Feri, dekat sini.

“Sebuah jentera dan sebuah ambulans EMRS kemudian dikejarkan ke lokasi dari
Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dengan kekuatan sembilan anggota.

“Tiba di lokasi dua minit kemudian, pasukan mendapati mangsa masih dalam keadaan sedar dengan tangannya terlekat di dalam mesin.

“Dengan berhati-hati, pasukan mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan tangan mangsa dengan menggunakan ‘hyadraulic rescue tool’, yang merenggangkan mesin tersebut.

Mangsa kata Ling Hii, diberi rawatan awal di ambulans EMRS sebelum pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Kota Samarahan tiba untuk membawa mangsa ke Hospital Umum Sarawak.

Identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Massuri Darahman, 39 tahun. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru