Sunday, September 25, 2022

Presiden Duterte minta maaf selepas arah tentera porak-perandakan Marawi

Secara Rawak

ILIGAN: Selepas menyerang dan memporak-perandakan Marawi, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meminta maaf kepada warga pulau di Mindanao atas tindakan tentera arahannya.

Bagi Duterte, 72, serangan disokong Amerika Syarikat itu dilancarkan bagi menghancurkan kumpulan pemberontak.

Dalam ucapannya di pusat pemindahan mangsa di Marawi Duterte berkata, “saya sangat menyesal perkara ini berlaku. Semoga anda semua dapat maafkan tentera, kerajaan bahkan saya sendiri.”

Laporan menyebut sejak 23 Mei lepas, pemberontak mencetuskan kekacauan di Marawi.

Mereka didakwa menculik warga awam dan melakukan pembunuhan sehingga memaksa Duterte mengisytiharkan darurat di selatan Mindanao berpenduduk 20 juta jiwa itu.

Semasa mengebom markas pemberontak, masih ramai warga awam terperangkap di tengah-tengah pertempuran sengit di wilayah tersebut

Strait Times pada Rabu melaporkan jumlah maut dalam pertempuran bertambah sekitar 400 orang.

Setekat ini direkodkan, lebih 60 tentera dan lebih 250 pemberontak maut dalam serangan nekad arahan Duterte itu ke atas Marawi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru