Sunday, September 25, 2022

Kerugian urus niaga mata wang asing: Kabinet setuju tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:   Kerajaan semalam bersetuju  atas syor Pasukan Petugas Khas (PPK) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkan siasatan terhadap kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan dan seterusnya merungkaikan isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu, menurut menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kenyataan itu berkata, PKK yang ditubuhkan  pada Februari bagi menyiasat kerugian tersebut, mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen,

PPK  dalam laporannya mendapati wujud kes prima facie bagi kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an dan telah mencadangkan penubuhan RCI.

Tambah kenyataan itu lagi, penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi di bawah Akta 119.

Penubuhan RCI itu juga bertujuan menjaga kepentingan awam, di mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing melibatkan Rizab Negara dapat dipastikan, katanya.

Kata kenyataan itu, kerajaan berterima kasih kepada pengerusi PPK, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan anggotanya serta sekretariat PPK di Kementerian Kewangan yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian itu dengan telus, bebas dan adil.

PMO  menambah kata, PPK membentangkan hasil laporannya ke Kabinet semalam selaras dengan mandat yang diberikan kepada pasukan itu untuk mengemukakan hasil laporan tersebut ke Kabinet dalam tempoh tiga bulan selepas penubuhannya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru