KUCHING: Lebih 30 aktivis Sarawak For Sarawakian (S4S) telah mengadakan protes flashmob di hadapan bangunan Mahkamah Lama Kuching pagi ini, sebagai membantah pelaksanaan cukai pelancongan dan PapaGomo.

Bantahan berlaku selama sejam bermula jam 9 pagi tadi.

“Antara yang hadir termasuklah aktivitis pertubuhan itu, Tan Kok Chiang dan Chan Chee Hiong.

Antara lain, kumpulan ini menayangkan plakad “Referendum To Safeguard Sarawak Rights!”, “Honour MA63”, “Hormati Perjanjian Malaysia 1963” dan “Kami Sokong Sarawak Keluar Tourism Malaysia.”

Turut dipapar bantahan “No Tourism Tax”, “Papagomo Rude”, “Papagomo Biadap” dan “Sarawak rights.”

Flashmob ini antara lain menyokong Kerajaan Sarawak susulan tindakan mengarahkan wakilnya keluar daripada Lembaga Pelancongan Malaysia.

Pada masa yang sama, ia platform untuk mengkritik kebiadapan blogger PapaGomo yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan kepada pemimpin dan rakyat Sarawak.

Protes berlangsung secara aman dan tiada gangguan terhadap ketenteraman awam, kata sumber polis. – Sarawakvoice