Saturday, June 25, 2022

Semasa Ops Selamat Aidilfitri, pengguna motosikal paling ramai maut kemalangan

Secara Rawak

KUCHING: Sepanjang tempoh Januari hingga 15 Jun lepas, 177 kemalangan maut di jalan raya Sarawak direkodkan berbanding 201 pada 2016, turun 12 peratus.

Sementara bagi kes kemalangan jalan raya mengakibatkan kecederaan parah meningkat 12.3 peratus kepada 128 berbanding 114 pada 2016.

Statistik turut menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal antara mangsa paling ramai terbunuh akibat kemalangan jalan raya.

Semasa Ops Selamat sempena Aidilfitri, tujuh kematian dicatat pada Ops Selamat 2015, dan sembilan kematian pada Ops Selamat 2016.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor semasa melancarkan Ops Selamat 11/2017 di Terminal Bas Kuching Sentral pada Isnin berkata, operasi bermula Isnin lepas sehingga sehingga 2 Julai bertujuan memberi kesedaran memandu berhemah di jalan raya kepada pengguna pada musim perayaan.

Operasi tersebut turut menekankan agar orang ramai mengambil berat keselamatan harta benda masing-masing ketika meninggalkan rumah untuk beraya di kampung sempena Aidilfitri. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru