Tuesday, October 4, 2022

Pelaksanaan GST terhadap belut, jagung dan ikan todak batal

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini membatalkan arahan berkaitan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan)(No. 2)2017 yang membawa implikasi tambahan item tertakluk kepada cukai GST 6 peratus.

Antara 60 item yang dikenakan cukai tersebut termasuklah ikan belut, ikan todak, jagung, sayuran sejuk beku dan buah-buahan import seperti avokado, aprikot, anggur, ceri, peach, plum.

Turut termasuk figs, marjerin dan lain-lain.

Menurut Ketua Pengarah JKDM, Datuk Subromaniam Tholasy arahan tersebut seharusnya berkuat kuasa pada 1 Julai depan.

“Namun setelah merujuk kepada Kementerian Kewangan untuk maklum balas, keputusan telah dicapai untuk membatalkan arahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru