Saturday, June 25, 2022

Penunggang motosikal maut dilanggar lari di Jalan Bako

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki maut setelah terlibat dalam kemalangan, dipercayai langgar lari dalam kejadian di Jalan Bako, sekitar jam 5.53 petang semalam.

Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, kejadian berlaku di laluan lurus Jalan Bako.

“Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha E115M disyaki dilanggar lari dari belakang di lorong sebelah kanan, menyebabkannya cedera parah.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak.

Kata Bingkok, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat.

Identiti mangsa yang maut katanya, kemudian dikenal pasti sebagai Joehanas Senaun Robert, 23 tahun dari Rumah Lika, Nanga San, Undop.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Oleh itu kita merayu saksi-saksi kejadian agar tampil menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru