Tuesday, October 4, 2022

Lagi penjual loteri haram dicekup di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching terus mengekang aktiviti judi haram melalui Op Dadu, bagi membersihkan bandar raya ini daripada tahi judi.

Terkini, seorang perempuan Iban dari kawasan setinggan di Kampung Siol Kandis dekat sini, dicekup di kedai makan, Jalan Tun Razak, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, tangkapan dilakukan setelah suspek didapati menjual loteri haram secara terbuka di premis tersebut.

“Turut dirampas ialah barangan kes seperti slip yang tercatat angka-angka yang disyaki nombor pertaruhan loteri awam tanpa lesen, satu unit telefon bimbit jenama Nokia model C1-02, satu unit mesin cetak bergerak, seunit stapler, sebatang pen dan wang tunai bercampur-campur berjumlah RM32.00.

Suspek katanya, kini ditahan di Balai Polis Satok dan sedang disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru