Benarkah Presiden Duterte sakit? Ini penjelasan Istana Malacanang

MANILA:  Kini tersebar berita Presiden Filipina Rodrigo Duterte jatuh sakit dan dibawa ke hospital sehingga tidak masuk pejabat sejak Isnin lalu.

Namun, istana Malacanang menafikannya dengan menjelaskan Duterte hanya mengalami keletihan.

“Keletihan. Dia hanya keletihan. Seperti saya katakan tadi, dia berada di jalanan sekitar 23 hari untuk mengawasi pelaksanaan undang-undang darurat. Dia diminta beristirahat,” kata Ernesto Abella, jurucakap presiden menafi keras berita angin Duterte jatuh sakit seperti dikutip dari Phillipine Star.

Terdahulu media Filipina  tercari-cari kenapa Duterte sejak  12 Jun tidak kelihatan di acara-acara rasmi sehingga tersebar khabar angin Duterte, 72, dilarikan ke hospital di Metro Manila kerana jatuh sakit.

Abella kemudian menjelaskan kepada media bahawa Duterte diizinkan beristirahat hingga pulih daripada keletihan.

“Apakah kamu tak pernah beristirahat? Saya katakan tidak ada yang perlu dikhuatirkan mengenai penyakit itu,” kata Abella lagi.

Penasihat Duterte, Christopher Go mengeluarkan gambar Duterte sedang berada di meja kerja dan memegang pena serta membaca beberapa dokumen.

Go menjelaskan gambar itu diambilnya beberapa minit sebelum jam 6 petang, Rabu di Bahay Pagbabago, Istana Malacanang.

Tersebarnya berita angin Duterte jatuh sakit semakin kuat selepas beliau tidak hadir pada upacara peringatan kemerdekaan Filipina pada 12 Jun. – Sarawakvoice