Sunday, January 23, 2022

Lelaki bogel cuba ceroboh rumah guru di Kuching City Mall dibelasah

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki lunyai dibelasah orang ramai, gara-gara menceroboh masuk sebuah rumah di sini tanpa seurat benang.

Menurut seorang saksi, iaitu seorang guru berusia 44 tahun, sekitar jam 9.30 malam Isnin lalu dia telah mendengar seorang lelaki membuat bising di luar rumahnya di Taman Kuching City Mall, Fasa II.

“Apabila menjenguk ke bawah, saya dapat melihat dengan jelas seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri di sebelah motosikal dalam keadaan berbogel.

Menurut saksi, dia kemudian memberitahu anaknya tentang lelaki tersebut yang telah berada di hadapan pintu rumah mereka.

“Saksi yang berasa takut kemudian menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Suspek yang tidak dilayan, kemudian memasuki kediaman jiran saksi, dan menyedari kehadirannya, orang ramai bertindak menangkap dan membelasahnya.

Suspek kemudian diikat sebelum diserahkan kepada peronda polis Padawan yang tiba kemudian di lokasi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan yang mengesahkan tangkapan memberitahu, suspek kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan, sebelum ditahan reman selama dua hari.

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan lelaki tempatan, berusia 21 tahun dari Taman Samarindah, Samarahan

“Polis masih menyiasat motif pencerobohan dan tidak menolak suspek berada di bawah pengaruh dadah,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru