Tuesday, December 6, 2022

Doktor keluarkan usus berisi 13 kg ‘taik’ daripada pesakit hidap sembelit

Secara Rawak

SHANGHAI: Zhou Hai, 22, tergesa-gesa memasuki Tenth People’s Hospital di Shanghai berjumpa doktor pada Khamis.

Perutnya kembung tampak seperti wanita hamil.

Doktor mendapati Zhou sukar bernafas sehingga dia mengerang kesakitan.

Menurut laporan Shanghaiist pada Selasa, Zhou memberitahu doktor sudah tiga hari perutnya mengembang menjadi semakin besar sehingga dia tidak tidak mampu berdiri terlalu sakit.

Doktor mendiagnosis Zhou dengan alat pengimbas CT dan mendapati dia menghidap megacolon; situasi kolon atau usus besar melebar hingga menghentikan pergerakan usus.

Doktor dapat tahu bahawa Zhou mengalami sembelit sejak dilahirkan.

Oleh kerana ibunya jahil tentang penyakit tersebut, Zhou dipaksa menelan julap untuk sekian lama dalam hidupnya sehingga penyakit itu menjadi begitu serius.

Doktor mengambil masa tiga jam menyelamatkan nyawa Zhou di meja bedah bagi mengeluarkan usus yang membengkak sepanjang 76 sentimeter mengandungi kotoran seberat 13 kilogram.

Doktor mendapati masalah dihadapi Zhou berpunca daripada kecacatan sejak lahir dihidapinya dikenali sebagai simptom Hirschsprung; dengan sel saraf hilang di dalam usus besar.

Ini menghalang organ berfungsi normal sehingga menyebabkan kolon tersumbat.

Akibatnya, organ tersebut bermasalah untuk mengeluarkan proses kotoran di dalam usus secara semula jadi.

Biasanya, kelainan Hirschsprung dialami bayi semasa lahir sehingga tempoh 48 jam selepas kelahiran.

Kes seperti ini jarang ditemui dalam kalangan orang dewasa seperti Zhou.

Penghidap Hirschsprung berisiko terkena jangkitan usus disebut enterocolitis dan boleh mengancam nyawa.

Rawatan kelainan Hirschsprung memerlukan pembedahan khusus bagi mengeluarkan bahagian usus besar yang bermasalah. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru