Friday, December 2, 2022

BN dijangka catat prestasi lebih baik dalam PRU-14, kata akhbar Singapura

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional, parti pimpinan Perdana Menteri dijangka mengekalkan prestasi dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, malah lebih baik dalam PRU-14 nanti, lapor sebuah akhbar Singapura.

Melaporkan inti pati The Straits Times Global Outlook Forum di negara itu semalam, Straits Times berkata, prestasi berkenaan bakal dicatat di sebalik skandal yang dihadpainya ketika pembangkang berdepan cabaran untuk tampil bersatu,

Skandal mega yang menguasai tajuk utama berita antarabangsa tidak memadai untuk pembangkang mengetepikan BN pada PRU ke-14 nanti, kata laporan itu.

Pada PRU13, BN menguasai 133 kerusi daripada 222 Parlimen yang ditandingi.

Keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang yang dijangka September atau Oktober depan lebih banyak ditentukan isu biasa dan asas, bukannya skandal 1MDB atau pelaburan China di Malaysia.

Laporan itu menambah, meskipun pengundi tidak puas hati dengan prestasi ekonomi, mereka akan memberi undi kepada parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Pas, dan bukannya memberi undi kepada Pakatan Harapan. Pakatan harapan kini diwakili DAP, PKR, Amanah dan Bersatu.

“Ras dan agama kekal satu realiti dalam politik Malaysia, dengan pengundi menyokong parti yang dipercayai mereka mampu melindungi kepentingan mereka,” ujar Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian di forum PRU Akan Datang Malaysia: Risiko dan Peluang berkenaan.

Katanya, isu berkaitan 1MDB secara umumnya sudah “hampir mencapai status sejarah” ketika ini.

“Ramai rakyat Malaysia sebenarnya tidak lagi mengutamakan isu ini dan ia dirangkumkan menjadi tanggapan sebagai kelemahan kepimpinan,” katanya.

Sementara itu, bekas pesuruhjaya Singapura ke Malaysia, Ong Keng Yong berpendapat biarpun isu 1MDB memberi kesan kepada pendirian Putrajaya, ia tidak begitu menjejaskan Najib Razak atau Umno. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru