Thursday, September 29, 2022

600 bungkus bubur lambuk daripada Rela diagih di Kabong

Secara Rawak

KABONG: Pengagihan bubur lambuk daripada Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) berlangsung di sini dengan dikendalikan oleh pasukan relawan dan relawati Daerah Kabong petang ini .

Sesi perasmian majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Kabong, Mohd. Chee Kadir. Majlis agihan bubur lambuk kepada penduduk bermula jam 4.15 petang bertempat di pekarangan Pusat Operasi Rela (POR) Kabong.

Sebanyak 600 bungkus bubur lambuk disediakan untuk penduduk di sini.

Pegawai Perhubungan Rela Kabong, Ismail Deni memberitahu agihan bubur lambuk tersebut adalah yang julung kalinya dikelolakan oleh pihak Rela kerana sebelum ini aktiviti berkenaan dikendalikan oleh pihak masjid.

Ismail seterusnya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ADUN Kabong, Encik Mohd Chee Kadir yang telah sudi untuk turut serta dalam sesi agihan tersebut.

“Terima kasih juga kepada pihak Ibu Pejabat Rela Kuching yang telah menghulur sumbangan bagi menjayakan agihan bubur lambuk pada kali ini.

“Semoga pada tahun hadapan pihak Rela akan dapat meneruskan lagi usaha murni ini lebih-lebih lagi ia berlangsung dalam bulan Ramadan,”ujarnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru