Tuesday, October 4, 2022

Wanita muda jual loteri haram ditahan di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Lagi penjual loteri haram diberkas.

Sekitar jam 1.20 petang semalam, sepasukan anggota siasatan jenayah D7 Kuching telah melakukan serbuan di kaki lima Thian You Food Court, King Centre, Jalan Simpang Tiga dekat sini kerana disyaki menjadi tapak jualan loteri haram.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai ketika mengesahkan serbuan itu berkata, seorang perempuan Iban, berumur 20 tahun dari Simunjan kemudian ditahan kerana menjual loteri awam tanpa lesen.

“Turut dirampas slip pertaruhan, telefon bimbit, kalkulator, cop mohor, stapler dan wang tunai berjumlah RM21.

Suspek katanya, kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan susulan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru