KUCHING: Polis Kuching semalam berjaya menyelamatkan sebuah kenderaan curi apabila melakukan semakan terhadap sebuah kereta Kancil yang diparkir dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, kenderaan itu ditemui sekitar jam 10 pagi oleh sepasukan anggota Balai Polis Sentral yang sedang melakukan rondaan rutin.
“Semakan lanjut melalui sistem Mcard mendapati kereta jenis Perodua Kancil 850 EX tersebut telah dilaporkan hilang pada 4 Jun lalu.
“Setelah intipan dilakukan, pasukan mendapati tiada sesiapa cuba mengambil kenderaan tersebut.
Kenderaan itu katanya, kemudian ditunda ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – Sarawakvoice