HELSINKI: Suspens, seorang budak berusia lima tahun tertangkap kamera pengawasan sedang lemas ketika berenang sendirian di kolam renang awam di Helsinki, Finland.

Daily Mail pada Sabtu melaporkan ada pihak mendakwa, ibu budak tersebut berada di ruang sauna ketika kejadian, tetapi tidak dapat disahkan kebenarannya.

Ketika itu kolam dipenuhi manusia dan peliknya, dari sekian ramai orang berada berhampiran termasuk pihak pengawasan, tidak seorang pun menyedari nyawa budak tersebut dalam bahaya.

Dia bergelut dan terkial-kial di dalam air sambil cuba muncul ke permukaan, namun gagal.

Terapat detik yang menunjukkan dia cuba mencengkam dinding kolam sekejap, tetapi melepaskannya semula.

Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa budak tersebut memerlukan bantuan kerana kedudukan badannya seperti orang berenang, padahal mukanya berada di dalam air.

Anehnya, kerana kesibukan masing-masing, tiada siapa peduli dan menyedari nasib malang menimpa budak lelaki tersebut.

Setelah usahanya gagal, dia mula lemah. Tubuhnya hanyut terapung.

Menurut Daily Mail, akhirnya tidak ditunjukkan dalam rakaman video tersebut, semasa terapung seorang wanita sempat menyedari nyawa budak itu dalam bahaya.

Wanita tersebut segera membawanya keluar dari kolam meminta bantuan petugas perubatan.

Budak tersebut dilaporkan selamat akhirnya.

Video menjadi viral di Imgur dan ditonton lebih 173,000. – Sarawakvoice