Monday, June 27, 2022

Fortuner rempuh peniaga juadah Ramadan di Limbang, seorang maut, seorang parah

Secara Rawak

LIMBANG: Keceriaan dua beradik berniaga di gerai Ramadan bertukar tragedi apabila mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda yang hilang kawalan di Kampung Gumaya, Jalan Pandaruan, dekat sini petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu sekitar jam 5.13 petang dan sebuah jentera serta sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dari Penyelamat Limbang.

“Pasukan tiba di lokasi lima minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang dimiliki oleh warganegara Brunei.

“Kenderaan itu hilang kawalan sebelum melanggar gerai yang menjual juadah Ramadan.

Kata Ling Hii, akibat rempuhan tersebut dua orang mangsa wanita mengalami cedera parah, dengan seorang daripadanya menghembus nafas terakhir di Hospital Limbang.

“Seorang lagi patah pada bahagian pinggang dan paha.

“Pihak kita telah bertindak membantu menghantar mangsa ke hospital menggunakan ambulans EMRS.

Mangsa yang maut kemudian dikenal pasti sebagai Tampai Molok manakala mangsa yang parah dikenali sebagai Suma Molok.

Kes katanya, telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru