Wednesday, November 30, 2022

Membangun kanak-kanak S’wak jadi generasi bertaraf dunia – Fatimah

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata kanak-kanak di negeri ini perlu dibangunkan generasi bertaraf dunia.

Kementerian memfokuskan konsep pembangunan awal kanak-kanak ketika berumur enam tahun ke bawah.

Antara perkara sasaran yang dititiberatkan dalam pembentukan awal kanak-kanak termasuk aspek rohani dan emosi yang menjadi asas kepada pembentukan akhlak mereka.

Sementara dari segi penggunaan bahasa pula, kanak-kanak perlu menguasai bahasa dunia khususnya bahasa Inggeris.

Bercakap pada sidang media sempena Bengkel Hala Tuju dan Kerangka Konsep Pembangunan Awal Kanak-kanak Kuching pada Khamis, Fatimah berkata seiring penekanan teknologi maklumat oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, kementeriannya sedia menghadapi ekonomi digital.

Bagaimanapun, pada masa yang sama tidak membiarkan kanak-kanak ketagih menggunakan gadjet.

Penekanan kepada aspek penggunaan gadjet penting tetapi jangan sampai menjejaskan masa depan kanak-kanak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru