Wednesday, August 17, 2022

Majlis Bandaraya Miri, PBT pertama S’wak lafaz, Ikrar Bebas Rasuah

Secara Rawak

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Suarah Miri pada Khamis.

Ini menjadikannya MBM Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Sarawak melafazkan IBR.

Pembacaan IBR diketuai oleh pemangku Setiausaha MBM Morshidi Fredrick dan disertai Kaunselor serta Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang bersama-sama 375 staf.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Datuk Badrul Shah Norman memuji Iangkah positif yang diambil oleh MBM menjadi PBT pertama Sarawak melaksanakan IBR.

Beliau berharap warga MBM terus memerangi rasuah dengan mengamalkan prinsip “jangan hulur, jangan kawtim dan jangan settle”.

Sementara Adam Yii dalam ucapan beliau berjanji MBM sedia mengukuhkan Etika Amalan Kerja MBM bagi mengelak budaya rasuah menjadi amalan organisasi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru