Thursday, June 30, 2022

Gempa bumi 3.3 skala Richter gegar Sandakan awal pagi tadi

Secara Rawak

SANDAKAN, Sabah: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter telah berlaku di Sandakan, Sabah pada jam 12.26 pagi ini, umum Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gegaran berpusat di 5.7° Utara dan 117.5° Timur, 267km Barat Laut dari Tarakan, Indonesia, 25km Barat Daya dari Beluran,Sabah.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia tidak mengeluarkan notis amaran kerana tiada ancaman tsunami berlaku.

Ia dirasai oleh penduduk di sekitar Sandakan dan Beluran.

Mereka juga mungkin akan merasai gegaran susulan di kawasan berkenaan selepas ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini

Pada 5 Jun dua tahun lalu, gempa bumi pada 6.0 skala Richter telah menggegarkan sekitar Ranau pada jam 7.15 pagi.

Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional melaporkan gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu , Kota Belud, Inanam, Kota Marudu, Kudat, Likas, Penampang, Putatan, Kinarut, Papar, Beaufort, Keningau, Sandakan, Kunak dan Tawau, malah menjangkau Labuan, Lawas, Limbang, Miri dan Bandar Seri Begawan di Brunei.

Lokasi gempa adalah di 5.1 Utara 16.6 Timur. Gempa susulan yang lemah berlaku 47 kali sekitar 2.2 hingga 3.3 pada skala Richter.

Sebanyak 18 orang maut dalam tragedi itu, dengan kebanyakannya adalah pendaki gunung Kinabalu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru