Friday, December 2, 2022

Pertelingkahan di FGV:  Tan Sri Isa dan Datuk Zakaria perlu letak jawatan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Dua peneraju utama yang kini terjebak dalam pertelingkahan di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) perlu meletak jawatan ketika Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad meminta pemegang saham berkenaan memilih sama ada beliau atau pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, (JASA) Datuk Dr Puad Zarkashi dalam catatan Facebooknya hari ini berkata, Isa dan Zakaria perlu mengambil jalan lebih bermaruah dengan berundur dari FGV.

Ujar Puad, Isa dan Zakaria wajar meletak jawatan secara sukarela dan tidak perlu menunggu campur tangan perdana menteri untuk membuat tindakan begitu.

Datuk Dr Puad Zarkashi

“Ambil jalan mengalah. Letak jawatan segera. Mereka berdua perlu dipisahkan. Biar mereka berada di tempat baru tetapi berlainan,” katanya.

“Sewajarnya kedua-dua mereka meletak jawatan secara sukarela. Ambil jalan yang lebih bermaruah,”’ katanya sdambil menegaskan  muka baharu dan tenaga baharu  menerajui FGV.

Ini, kata Puad yang juga Ahli majlis tertinggi Umno bagi memastikan pemegang saham khususnya peneroka Felda dapat menikmati keuntungan.

Puad menambah pertelingkahan terbuka antara pengerusi FGV itu dengan presiden serta ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan agensi itu amat memalukan.

Sambil mengakui perseteruan antara dua peneraju utama itu sebagai episod memalukan, Fuad berkata, tidak mungkin mereka dapat bekerjasama selepas ini.  

Anggota lembaga pengarah FGV sebelum ini meminta Zakaria mengambil cuti, namun beliau berkata tidak akan berganjak.

Sementara itu,  Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat  meminta campur tangan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad dalam isu terbabit.

Wan Rohimi Wan Daud menggesa satu siasatan menyeluruh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan berlaku salah guna kuasa di dalam FGV dan mengheret pelakunya ke muka pengadilan tanpa rasa takut dan gentar. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru