Thursday, September 29, 2022

Kementerian minta tidak siarkan komen aktivis pendidikan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dalam suratnya kepada media meminta kerjasama media supaya berhenti menyiarkan ulasan sebuah NGO, majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN).

Kementerian terbabit dalam surat yang ditandatangani Ketua Komunikasi Korporat KPM, Hazran Mohamed mendakwa pertubuhan bukan kerajaan berkenaan tidak mewakili ibu bapa dan guru, serta tidak diiktiraf mahupun menjalinkan sebarang kerjasama dengan kerajaan.

Justeru, ia mahu semua media berhenti mendapatkan komen presidennya, Profesor Datuk Mohamad Ali Hasan berkaitan isu pendidikan di negara ini terutamanya di peringkat prasekolah hingga lepasan menengah.

Profesor Datuk Mohamad Ali Hasan

Sebelum ini, Mohamad Ali sering mengiritik pedas isu berkaitan dengan pendidikan termasuk meminta kerajaan mengkaji semula 1BestariNet, projek membekalkan lebih 10,000 sekolah kerajaan dengan khidmat internet.

Projek bernilai RM4.1 bilion itu diberikan  kerajaan kepada YTL.

Kata Hazran, NGO terbabit tidak pernah berperanan meningkatkan mutu pendidikan negara.

“Ini memandangkan PIBGN tidak pernah memberikan sumbangan khusus, idea mahupun inovasi dalam meningkatkan mutu pendidikan negara,” katanya.

“KPM memohon agar pihak media tidak menggunakan sebarang pandangan atau komen pihak berkenaan khususnya melalui Presiden PIBGN iaitu Profesor Datuk Mohamad Ali Hasan berkenaan pendidikan dalam negara khususnya.” – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru