JAKARTA: Kekecohan berlaku akibat perebutan jenazah pelakon Yana Zein.
Proses pengebumian Yana tertunda ekoran perebutan antara ibu yang beragama Kristian dan ayah Yana yang beragama Islam.
Kahwin campur antara dua agama mencetuskan konflik berkenaan.
Laporan media tempatan melaporkan, kekecohan berlaku ketika ayah Yana, Nurzaman Zein yang datang ke hospital RS Fatmawati di sini untuk melawat jenazah anaknya, terus menentang agar jenazah tidak disemadikan mengikut ajaran Kristian.
Seperti dipaparkan dalam video, Nurzaman melaungkan azan dan membaca satu surah al-Quran.
Beliau yang kelihatan bersongkok menegaskan anaknya seorang Islam, dan tiada seorang pun boleh menentang perkara itu.
Sebaliknya beliau berkata, hanya dia yang berhak menentukannya.
Namun, tindakan dan kenyataan Nurzaman itu ditentang ibu Allahyarham, Swetlana Zein, bekas isteri Nurzaman yang merapati keranda Yana.
Video berkenaan tular di negara ini.
Yana Zein, 44, meninggal dunia setelah tiga tahun berjuang melawan kanser payudara.
Yana menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Mayapada, Lebak Bulus, Jakarta Selatan, Khamis lalu.
Sebelum meninggal dunia, Yana baru saja pulang daripada menjalani perubatan di Modern Cancer Huangzouw, China.
Yana Zein menderita penyakit kanser selama tiga tahun belakangan ini.
Akhirnya, semua pihak mengambil keputusan jenazah yana dikebumikan ikut Islam.
Jenazah Yana akhirnya dikebumikan di Bulak Leebar, Cinere, Depok di sini Jumaat. – Sarawakvoice