Saturday, June 25, 2022

Lapan cedera, seorang tersepit dalam kemalangan babitkan empat kenderaan di Paradom

Secara Rawak

SIBU: Lapan individu cedera termasuk seorang tersepit setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di Jalan Paradom-Tulai, dekat sini, pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan sekitar jam 9.12 pagi dan sebuah jentera Scania dan ambulans EMRS dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu.

“Tiba di lokasi 24 minit kemudian, pasukan mendapati kemalangan membabitkan Toyota Hilux dengan empat penumpang, Toyota Hilux (tiga penumpang),Toyota Land Cruiser (dua penumpang) dan Perodua Alza (empat penumpang).

Katanya, kemalangan berpunca apabila Toyota Hilux pertama yang dalam perjalanan dari Bintangor ke Sibu, telah bertembung dengan sebuah Toyota Land Cruiser yang dalam perjalanan dari Sibu ke Bintangor.

Ia kemudian diikuti Perodua Alza, yang berada di belakang Toyota Hilux pertama dan Toyota Hilux kedua di belakang Toyota Land Cruiser.

Kemalangan kata Ling Hii, menyebabkan pemandu Toyota Land Cruiser tersepit, namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan Hidraulic Tools.

Mangsa yang lain berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Katanya lagi, seramai empat mangsa telah dibawa oleh ambulans EMRS Sibu ke hospital, tiga dibawa oleh ambulans paramedik Sibu dan seorang dibawa oleh ambulans paramedik Sarikei.

Identiti mangsa yang tersepit kemudian dikenal pasti sebagai Ling Lee Chian, 54 tahun. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru