PYONGYANG: UPI pada Khamis melaporkan, menurut sumber yang mendedahkan kepada Radio Free Asia bahawa Pyongyang menghukum mati individu yang menonton atau mengimport video haram yang dianggap antipatriotik.

Video haram tersebut merujuk kepada filem atau video yang dibawa masuk dari luar Korea Utara.

Sumber tersebut berkata, dahulu menonton filem haram dipandang sebagai non-sosialis dan cenderung kepada kapitalisme kuning.

Namun, hari ini menonton filem haram dianggap sebagai tindakan pengintipan.

Di tempat kerja dan kilang, setiap orang menandatangani janji, tunduk pada hukuman yang dikenakan sekiranya melanggar peraturan tersebut.

Bahkan, UPI melaporkan, sebelum peraturan tersebut berkuat kuasa, pada 2015 tiga wanita sudah dikenakan hukuman mati kerana menyebarkan drama Korea Selatan.

UPI juga menyebut pada 2014 enam orang ditembak mati kerana menyebar video haram di Pyongyang. – Sarawakvoice