Saturday, June 25, 2022

Lelaki maut selepas pulang dari ngabang Gawai

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki yang dipercayai pulang dari ngabang Gawai maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Batu 17, Jalan Serian-Kuching, Siburan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian tersebut sekitar jam 1.19 pagi tadi dan sebuah jentera Scania dan ambulans EMRS dengan kekuatan lima anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan.

“Setibanya di lokasi, mangsa didapati tertiarap dengan kecederaan parah pada muka di tepi jalan.

“Mangsa kemudian disahkan tidak bernyawa oleh pasukan paramedik yang hadir ke lokasi.

Kata Ling Hii, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala pasukan penyelamat yang terlibat bertindak membersihkan kesan-kesan kemalangan.

Identiti mangsa yang maut kemudian dikenal pasti sebagai Atut ak Jag, 42 tahun. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru