Friday, December 2, 2022

Kereta bertembung di Betong, enam penumpang cedera

Secara Rawak

BETONG: Dua lelaki cedera setelah kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan

Pais Betong-Sri Aman, petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Negeri, pihaknya menerima maklumat kecemasan mengenai kemalangan tersebut sekitar jam 4.14 petang.

“Sebuah jentera dan ambulans EMRS dengan enam anggota kemudian digerakkan segera ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong untuk memberi respons.

“Tiba di lokasi 24 minit kemudian, pasukan mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Wira yang dinaiki oleh tiga lelaki, yang bertembung dengan sebuah Perodua Alza yang dinaiki seorang lelaki dan dua perempuan.

“Pemandu kereta Perodua Alza bagaimanapun tersepit di ruang pemandu, sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Kesemua mangsa kata PGO lagi, telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru