Friday, August 19, 2022

59 pelacur diberkas dalam 14 serbuan polis Sarawak sepanjang bulan lalu – Dev

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak berjaya menahan 59 wanita yang dipercayai diperdagang sebagai pelacur, menerusi 14 serbuan di seluruh negeri sepanjang bulan lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, daripada jumlah tersebut, lima serbuan masing-masingnya dilakukan di Kuching dan Sibu, manakala dua serbuan lain di Miri serta satu di Bintulu dan Padawan.

Menurutnya, daripada jumlah tangkapan tersebut, 26 adalah wanita asal Vietnam manakala 17 lagi adalah wanita Indonesia.

“Sembilan pula adalah warganegara China, Thailand (2) manalala lima adalah rakyat tempatan.

“Enam serbuan dilaksanakan di pusat refleksologi sementara lima lagi di pub, dua di pusat karaoke dan satu di hotel bajet.

Turut dirampas ialah barang-barang yang ada kaitan dengan aktiviti seks, yang akan dijadikan bahan bukti.

Kata Dev, kesemua suspek akan disiasat di bawah pelbagai kesalahan Kanun Keseksaan selain Akta Imigresen.

“Pihak kita tidak akan berkompromi dan akan terus menyerbu premis-premis yang dipercayai menjalankan aktiviti maksiat dan tidak bermoral di negeri ini,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru