Saturday, December 3, 2022

Tribunal arah pemaju bayar pampasan “rumah cacat” dan lewat didiami

Secara Rawak

KUCHING: Aduan empat pembeli rumah, tiga di Landeh dan seorang di Samarindah mendapat pembelaan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTPRS).

Presiden TTPRS, Datuk Maznah Dasmi mengarahkan syarikat pemaju Bodco Engineering & Construction membayar pampasan serta bertanggungjawab menyiapkan segera kekurangan pada rumah berkenaan.

Maznah pada prosiding terhadap responden di Mahkamah TTPRS, Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, Petra Jaya berkata, keempat-empat pembeli rumah berkenaan tidak dapat menetap di rumah berkenaan seperti dijanjikan.

Keempat-empat pembeli mengadu pendawaian elektrik serta bekalan air tidak diurus dengan sempurna di rumah yang dibeli.

Maznah mengarahkan agar syarikat pemaju perumahan menyiapkan segala kecacatan yang dihadapi pembeli berkenaan dengan segera.

Selain itu, tribunal turut memutuskan pemaju membayar pampasan kepada pembeli berdasarkan tarikh pembeli layak mendapat rumah sehingga hari prosiding.

Penalti dikenakan kepada syarikat berkenaan seperti termaktub dalam perjanjian jual beli, apabila pembeli rumah kerugian kerana tidak dapat menetap di rumah yang belum lengkap dan lewat didiami. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru