Thursday, September 29, 2022

Pembahagian kerusi pembangkang pada Julai depan, logo baharu Pakatan Harapan diumum 6 Jun

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan yang menggabungkan parti-parti pembangkang hanya akan memuktamadkan berkenaan pembahagian kerusi PRU-14 pada Julai depan, selepas perayaan Aidilfitri, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Nasional, Khalid Abdul Samad semalam.

Menurutnya, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung di Yayasan Perdana petang semalam belum membuat ketetapan mutlak mengenai perkara itu, biarpun perbincangan menjurus kepada persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Mesyuarat petang ini membincangkan mengenai manifesto, pembahagian kerusi, logo dan semua perkara berkaitan PRU-14,” katanya ketika ditemui di pekarangan pejabat tersebut.

Penasihat Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditemui kemudian memberitahu, antara agenda mesyuarat adalah berhubung penggunaan satu logo mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya akan datang.

“Mesyuarat tadi membincangkan pasal logo Pakatan Harapan. Pakatan Harapan akan bertanding guna satu logo PRU akan datang.

Logo rasmi Pakatan Rakyat katanya, akan diumumkan pada 9 Jun depan dan ia hanya mengekalkan perkataan ‘Harapan’ dengan sedikit pengubahsuaian.

“Kita telah bersetuju dengan logo tersebut,” kata Mahathir.

Mengenai calon Perdana Menteri, Tun M berkata, pihaknya tidak membincangkan perkara tersebut pada mesyuarat semalam. – Sarawakvoice

Foto Minaq Jinggo

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru