Saturday, December 3, 2022

Lelaki diperkosa tiga wanita bergilir-gilir selama tiga hari

Secara Rawak

PRETORIA: Lelaki berusia 23 tahun trauma selepas diperkosa tiga wanita secara bergilir-gilir selama tiga hari.

Awal kejadian, lelaki Pretoria, Afrika Selatan itu menaiki teksi pada 19 Mei dan meminta pemandu menghantarnya menuju pusat bandar.

Bagaimanapun, lelaki tersebut mengaku di pertengahan perjalanan, dia disuntik oleh pemandu teksi berkenaan dengan pelali sehingga tidak sedarkan diri.

Dia kemudian dibawa ke sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Jurucakap polis, Kapten Colette Weilbach sebagaimana dilaporkan Mirror pada Rabu berkata, apabila tersedar, lelaki tersebut mengadu dia berada di atas sebuah katil.

“Suspek wanita memaksa lelaki tersebut menghabiskan minuman tenaga, sebelum secara bergilir memperkosanya berkali-kali dalam sehari,” ujar Colette.

Gambar hiasan

Mangsa membuat laporan polis selepas dia dibebaskan oleh “penculik seks” tersebut, yang menurunkannya di kawasan lapang di Benoni, selatan kota Pretoria pada 22 Mei.

Mangsa trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.

Polisi melakukan siasatan serius berkaitan insiden perkosa tersebut dan memburu ketiga-tiga suspek wanita serta pemandu teksi yang bersubahat dalam kes berkenaan.

Polis juga menyiasat kemungkinan suspek menjalankan jenayah serupa sebelum ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru