Monday, November 28, 2022

Sambut Gawai di S’wak, Johor dan KL kukuhkan perpaduan rakyat M’sia

Secara Rawak

KUCHING: Selain di Sarawak, baru-baru ini masyarakat turut meraikan sambutan Gawai Dayak di Johor, sekali gus menunjukkan terdapat sejumlah besar masyarakat Dayak berasimilasi dan bekerja di situ.

Justeru, Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Gawai Dayak mesti dipelihara untuk membantu mengukuhkan perpaduan semua kaum di negara ini termasuk, di Johor dan di Kuala Lumpur.

Bercakap pada Perutusan Gawai Dayak 2017 pada Rabu, Taib mahu sambutan perayaan seperti ini digunakan oleh masyarakat sebagai kesempatan mengukuhkan budaya.

Pada masa yang sama ketika meraikan budaya bangsa lain, rakyat perlu mempelajari dan memahaminya.

Dengan percampuran bangsa dan memahami adat tradisi kaum lain, masyarakat tidak kehilangan cara hidup sebaliknya mampu membawa kegembiraan serta kebahagiaan dalam kalangan masyarakat Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Dalam perbezaan kumpulan etnik dan agama yang pelbagai, rakyat negara ini dapat meraikan aspek baik dan indah mana-mana budaya.

Taib menasihati rakyat agar terus berinteraksi tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Kini, Gawai bukan sekadar hari istimewa untuk masyarakat Dayak sahaja, tetapi menjadi hari yang memberi peluang kepada semua kaum untuk bertemu dan mengenali kelebihan budaya kaum Dayak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru