Saturday, December 3, 2022

Empat wanita asing, seorang lelaki tempatan ditahan dalam Op Noda di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Empat wanita asing berjaya dicekup semalam dalam operasi khas Op Noda yang dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah D7 Daerah Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, hasil maklumat awam, serbuan dilakukan sekitar jam 7.30 malam di Harbour Two KTV & Lounge di Jalan Lapangan Terbang Baru, dekat sini.

“Serbuan itu turut menghasilkan tangkapan terhadap empat wanita, warganegera China dan Vietnam yang berusia dalam lingkungan umur 23 ke 32 tahun kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Pihak kita turut menahan penjaga premis, yang merupakan seorang lelaki Cina tempatan dari Sibu, yang berumur 28 tahun.

Semua suspek tambahnya, ditahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk membantu siasatan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru