BINTULU: Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemui terapung di Batang Kemena, kira-kira 1.7 batu nautika dari Pangkalan Polis Marin Bintulu, semalam.

Mayat ditemui oleh orang awam sekitar jam 11.30 pagi, yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis.

Pasukan Polis Marin kemudian mengaktifkan pasukan yang kemudian berjaya bertindak menaikkan mayat tersebut ke darat.

Tiada pengenalan diri ditemui pada mangsa namun mayat lelaki tersebut memiliki tanda tatu pada badannya, bersubang di telinga kiri dan memiliki gelang emas di tangan kanan.

Ketika dijumpai, suspek memakai tshirt hitam dan berseluar jeans.

Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik di Hospital Bintulu untuk proses bedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta memaklumkan Balai Polis terdekat untuk tujuan pengecaman. – Sarawakvoice