Tuesday, October 4, 2022

Dua dicekup jual loteri awam secara terbuka di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kuching semalam melaksanakan dua tangkapan di dua lokasi berbeza, yang melibatkan dua individu yang menjadi ejen jualan loteri tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki Cina di kaki lima hadapan kedai Enigmatic Comic Company, Central Park, Jalan Rock, dekat sini.

“Lelaki berumur 32 tahun asal Sibu itu ditangkap bersama-sama barang bukti seperti slip yang tercatat angka-angka yang disyaki nombor pertaruhan loteri awam tanpa lesen.

“Turut dirampas satu unit telefon bimbit, stapler, pen hitam dan wang tunai bercampur-campur berjumlah RM100.

Katanya, tangkapan kedua dilakukan di Jalan Tun Jugah di sini terhadap seorang perempuan Iban berusia 28 tahun, dari Kampung Blau, Simunjan.

“Turut dirampas barang bukti seperti slip yang tercatat angka-angka yang disyaki nombor pertaruhan loteri awam tanpa lesen dan seunit telefon bimbit, stapler,  cop, sebatang pensil serta wang tunai bercampur-campur berjumlah RM97.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru