Wednesday, November 30, 2022

Dapur runtuh waktu sahur, enam sekeluarga di Tambirat Tengah selamat

Secara Rawak

ASAJAYA: Enam sekeluarga di Kampung Tambirat Tengah dekat sini, terselamat selepas dapur rumah mereka “ranap” dalam kejadian tanah runtuh awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata,
pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.35 pagi dan sebuah jentera Scania serta ambulans EMRS dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan.

“Tiba 41 minit kemudian, pasukan mendapati tanah runtuh telah berlaku pada bahagian dapur rumah tersebut yang terletak berdekatan dengan tebing sungai.

“Kita bersyukur tidak ada sebarang kecelakaan berlaku kepada ahli keluarga yang terdiri daripada seorang lelaki dan lima perempuan,” katanya lagi.

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, sejurus insiden, pemilik rumah, Abu Bakar Alli, 50 tahun kata Ling Hii lagi, telah berpindah ke kediaman jiran untuk sementara waktu.

Pasukan bomba kini sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian untuk mengelakkan keadaan lebih buruk dan
memastikan keadaan persekitaran selamat.

Secara kasar katanya, kawasan yqng terlibat adalah seluas 20 kaki x 30 kaki.

Ini bukan kejadian pertama tebing sungai di Kampung Tambirat runtuh kerana hakisan.

Kejadian yang sama pernah berlaku pada Jun 2015, melibatkan tiga buah rumah. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru