KAPIT: Seorang buruh kasar pengangkut barang yang juga dikenali “Badang Kapit” dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Batang Rejang di Jeti Bot Ekspres Sibu-Kapit, di sini semalam.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.38 petang semalam dan telah menggerakkan sebuah jentera dan ambulans EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit untuk mengaktifkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

“Badang Sarawak” (Gambar hiasan) Foto¬†Bernama

“Operasi SAR bagaimanapun ditangguhkan petang semalam kerana hujan lebat.

“Pagi ini ia diteruskan semula melibatkan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kapit dan satu bot, serta enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Song, juga dengan satu bot.

“Turut terlibat, dua anggota polis yang menaiki satu bot, empat orang awam yang menaiki bot yang lain serta penguat kuasa Lembaga Sungai-sungai Sarawak.

Operasi kata Ling Hii bermula sekitar jam 8.10 pagi tadi melibatkan radius pencarian dari Jeti Kapit ke Song, sejauh 41 kilometer.

Mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Pang Chi Song, 36 tahun. – Sarawakvoice