Monday, June 27, 2022

Tiga terselamat Hilux terbabas, terjunam ke dalam kolam di Tatau

Secara Rawak

BINTULU: Tiga individu, termasuk seorang wanita bernasib baik apabila berjaya menyelamatkan diri setelah kenderaan Toyota Hilux yang dinaiki mereka terbabas, sebelum terbalik dan terjunam ke dalam kolam di Kilometer 115 Jalan Sibu-Bintulu, Tatau pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata,
pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.53 pagi tadi dan sebuah jentera Atego dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

“Tiba di lokasi hampir sejam kemudian, pasukan mendapati kemalangan membabitkan pacuan empat roda Toyota Hilux yang terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain di hadapannya.

“Mangsa berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba dan pasukan hanya bertindak membantu membawa mangsa ke permukaan jalan sebelum menyerahkannya kepada pasukan paramedik.

Kesemua mangsa kata Ling Hii, selamat dan hanya mengalami cedera ringan, katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru