SHAH ALAM: Pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Vida muncul di pentas Golden Awards dan menggunakan peluang dan kecekapannya yang fasih berbahasa Mandarin mempromosi produk keluaran syarakatnya.

Bukan Vida namanya, jika beliau tidak pandai menggunakan peluang yang ada selepas mengeluarkan wang banyak untuk menaja rancangan tersebut.

Vida dikatakan “sempat menarik” kegemilangan artis pemenang termasuk pelakon lelaki dan wanita terbaik pada malam itu ke arah celoteh dan kepetahannya dalam peluang yang diberikan.

MalaysiaGazette merujuk kepada Guang Ming Daily yang menganggap Golden Awards 2017 “tersasul fokus” apabila Vida muncul pada majlis tahunan Golden Awards yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada artis tempatan termasuk pengacara dan pembaca berita rancangan bahasa Cina.

Menurut Guang Ming Daily, selain muncul dalam iklan tajaannya, Vida “sangat bijak” menggunakan sekurang-kurangnya masa seminit mempromosi produknya sehingga memaksa penerbit memberi isyarat agar pengacara menggunakan usaha kreatif menghentikan celoteh Vida.

Pengacara bercakap dan menyanyi dalam bahasa Melayu dengan nada berjenaka, “Datuk, cukup sampai di sini sayang, kakak tengah berputar jarinya, kalau Datuk Seri tak berhenti bercakap… adik-adik nak balik pun jadi susah… lebih baik kita berhenti kat sini…”

Vida “tertonjol” dan dikatakan menarik “sinaran” Karena Teo yang muncul sebagai pelakon wanita terbaik serta Jordan voon pelakon lelaki terbaik pada majlis berlangsung di Shah Alam pada Sabtu itu.

Celoteh lain vida: