Tuesday, October 4, 2022

Tahniah, Skuad BLR kembara amal ke segenap tempat di Sri Aman, Serian dan Kuching, hulur bungkusan Ramadan

Secara Rawak

SRI AMAN: Mereka bergerak dengan cekap dan pantas. Lebih istimewa, sebelum Ramadan menjelma, tanpa ledakan publisiti mahupun gah peribadi.

Ia gerakan yang cukup ikhlas dan menginsafkan. Sekumpulan anak muda melalui pertubuhan bukan kerajaan ini gigih menjelajah rumah ke rumah, dan menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.

“Ia bertujuan untuk membolehkan golongan kurang berkemampuan ini tersenyum apabila menyambut Ramadan.

“Sekurang-kurangnya ada insan lain yang mengingati mereka,” kata Datuk Wan Abdullah Adruce Wan Abdul Rahman.

Beliau mengetuai sekumpulan anak muda daripada Hikmah Sri Aman, Perguruan Silat Helang Putih Sri Aman dan Wanita Sebuyau menjayakan “Kembara Amal” yang berakhir semalam.

“Sebanyak 300 keluarga telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan dan makanan.

“Syukur, segala-galanya berjalan lancar.

Katanya, biarpun ada yang berpandangan sinis terhadap usaha itu, program tersebut sebenarnya bukanlah bersifat politik.

“Sebaliknya ia diselami dengan niat yang tulus ikhlas untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Kita juga mendidik anak-anak muda yang terlibat akan makna kesukarelaan,” jelasnya lagi.

Sepanjang 72 jam tersebut, sukarelawan yang turut menamakan diri mereka Skuad BLR ini telah menjelajah Lingga, Agropolitan Seduku, Bakong, Tanjung Bijat, Stumbin, Skait, Beladin, Meludam, Sebuyau dan Tebelu.

Turut dikunjungi masyarakat yang memerlukan di Sebangan, Segalik, Kampung Emplam di Saratok dan Debak.

“Insya-Allah pada minggu-minggu mendatang, mereka akan berkunjung ke Kampung Hulu, Kampung Hilir dan Kampung Tengah di Sri Aman, selain beberapa kawasan di Kabong dan Saratok.

“Turut dalam senarai beberapa kawasan di Kampung Sorak Melayu, Matang dan Samariang.

Jelasnya, bungkusan ini merupakan sumbangan ikhlas banyak pihak, dan ia adalah gerakan serampang dua mata untuk menyebarkan “kasih sayang” kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang, terutama ketika sambutan Ramadan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru