KUCHING: Hujan lebat serta angin kuat petang Khamis menyebabkan sebatang pokok besar tumbang di kawasan perkuburan Islam di Kampung Muara Tebas.

Ia telah menyebabkan beberapa buah kubur rosak.

Menurut salah seorang penduduk, pokok berusia lebih 40 tahun, setinggi kira-kira 30 meter itu sebenarnya pernah hendak ditebang untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

Namun segala-galanya sudah terlewat.

Menurutnya lagi, penduduk kampung sudah dimaklumkan akan hal ini dan mereka akan mengambil tindakan dalam masa terdekat.

Kawasan perkuburan ini bukan hanya menempatkan jenazah penduduk Muara Tebas, malah penduduk kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Semilang, Bradek, selain beberapa kubur lama penduduk Kampung Semera dan Jemukan.

Kerana itu apabila menjelangnya Aidilfitri kedua, kampung ini padat dikunjungi oleh sanak-saudara dari kampung berkenaan, katanya. – Sarawakvoice