Monday, June 27, 2022

Pembangkang sengaja tularkan isu fitnah sensasi rosakkan imej UMNO

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pembangkang sengaja menularkan beberapa isu fitnah menerusi laman sosial untuk memberi gambaran kononnya UMNO sedang berdepan masalah dalaman, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras.

Menurut Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, saban hari pembangkang menularkan cerita bohong mengenai UMNO, kononnya dilanda masalah, sedangkan hakikatnya, UMNO berada dalam keadaan terbaik dan mempunyai kekuatan tersendiri.

“Itu cuma rekaan dan strategi politik untuk pilihan raya akan datang,” tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Datuk Seri Syed Ali AlHabshee di Majlis Ramah Mesra Warga Kerja PNS bersama YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan YB Dato’Seri Hamzah Zainudin bersempena dengan Penyerahan Waran Dividen Perbadanan Nasional Berhad.

“Itu semua cerita karut, satu pembohongan untuk mengabui mata rakyat,” katanya lagi.

Kata beliau, setiap kali tibanya musim PRU, pihak pembangkang akan mereka pelbagai cerita termasuk provokasi tetapi hasilnya UMNO tetap menang cemerlang dan masih mampu membentuk kerajaan dengan sokongan rakan komponen Barisan Nasional (BN).

Ujarnya Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan,  musuh politik UMNO sengaja mereka pelbagai isu untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa UMNO dilanda masalah.

“Sebenarnya isu yang dicipta pembangkang itu bersandarkan bahan fitnah, persepsi negatif dan berniat tidak baik terhadap UMNO dan para pemimpinnya,” tambahnya.

Beliau berkata, pembangkang termasuk kumpulan antikerajaan melancarkan pelbagai dakyah terutama menerusi laman sosial untuk melemahkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak.

Beliau mendakwa, pembangkang sengaja menularkan  bahan karut dan sensasi kerana menyedari laman sosial menjadi medium utama generasi muda hari ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru