Wednesday, August 17, 2022

Inspektor polis direman empat hari berhubung rasuah RM4500 di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Mahkamah Khas Rasuah Kuching hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman empat hari terhadap seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bagi membantu siasatan satu kes rasuah melibatkan suapan bernilai RM4,500.

Majistret Nixon Kennedy Kumbong membenarkan reman tersebut bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan lanjut terhadap pegawai berusia 35 tahun itu.

Beliau yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dituduh meminta suapan sebagai dorongan untuk melepaskan seorang pesalah lalu lintas.

Tertuduh ditahan di ibu pejabat SPRM di sini sekitar jam 10 malam tadi, setelah dia hadir untuk dirakamkan percakapan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru