Monday, December 5, 2022

Tanah runtuh kejutkan penduduk di Kampung Lintang Baru Panchor di Serian

Secara Rawak

SERIAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Lintang Baru, Panchor, Jalan Kuching-Serian, dekat sini awal malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii memberitahu, pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar jam 7.35 malam dan sebuah pacuan empat roda dengan kekuatan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya mereka 12 minit kemudian, pasukan mendapati tanah runtuh berlaku di hadapan sebuah kediaman penduduk, membabitkan jarak empat meter.

Bagaimanapun katanya, keadaan adalah selamat dan terkawal kerana tiada rumah kediaman lain di kawasan sekitar runtuhan tersebut.

“Tiada tindakan operasi menyelamat dijalankan namun pasukan telah bertindak memasang sawar-sawar di kawasan terbabit,” katanya lagi sambil memberitahu, kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan, tambahnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru