Thursday, September 29, 2022

Calon Perdana Menteri: Pakatan Harapan tidak sekata

Secara Rawak

Kata orang, gambar adalah lebih baik daripada seribu perkataan. Kongres PKR kali ke-12 pada Ahad 21 Mei 2017 merakamkan sekeping gambar yang agak menarik.

Gambar yang dengan cepat menjadi popular itu menunjukkan tujuh orang berdiri sambil empat orang memegang pelakat tertulis ‘Anwar PM Ke-7’, seorang memandang telefon bimbit dan dua orang lagi hanya berdiri tanpa mememang apa-apa.

Ketujuh-tujuh orang yang berdiri itu bukannya orang biasa-biasa. Tiga daripada mereka ialah presiden parti (Muhyiddin, Mat Sabu dan Wan Azizah). Dua orang penasihat parti (Tun Mahathir dan Lim Kit Siang), seorang Timbalan Presiden (Azmin Ali) dan Setiausaha Agung (Saifudin Nasution).

Yang memegang pelakat ‘Anwar PM Ke- 7’ hanyalah Saifudin, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan Wan Azizah. Tun Mahathir hanya buat-buat memandang telefon bimbit, Muhyiddin dan Mat Sabu tidak memegang sebarang pelakat.

Kenapa tindakan mereka tidak seia-sekata? Bukankah mereka semua daripada satu gabungan parti yang dikenali sebagai Pakatan Harapan. Siapa lagi bakal PM Malaysia kalau bukan Anwar?

Sebelum itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad  semasa ucapan perasmian sayap parti itu menyarankan supaya Dr Wan Azizah menjadi PM Malaysia sementara menunggu suami beliau, iaitu Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara sekiranya pembangkang menang PRU ke-14.

Pemimpin Pakatan seperti Muhyiddin Yassin, Mat Sabu dan Tun Mahathir tahu sejauhmana kebolehan dan kemampuan Dr Wan Azizah.

Azmin Ali yang secara terang berani membelakangi keputusan PKR untuk memutuskan kerjasama dengan PAS tidak dapat diuruskan oleh Dr Wan Azizah, ini kan pula diberi tugas untuk menjadi PM Malaysia.

Menyedari kesilapan yang dilakukan oleh barisan AMK makanya Presiden PKR Setiausaha Agungnya cuba membuat gimik dengan mengajak pemimpin-pemimpin Pakatan yang hadir untuk sama-sama mengangkat pelakat ‘Anwar PM Ke 7’.

Namun gimik itu seperti yang dirancangkan. Bukan semua yang hadir mengangkat pelakat tersebut. Apapun, pujian patut diberikan kepada pemimpin Pakatan yang tidak turut sama mememang pelakat ‘Anwar PM Ke-7’ di atas keberanian untuk berterus terang.

Mereka mendedahkan kepada rakyat bahawa Pakatan Harapan tidak ada calon PM yang boleh diterima oleh semua parti komponen.

Mereka mendedahkan kepada rakyat bahawa walaupun mereka berpakat tetapi senarai PM yang mereka ada adalah tidak sama.

Tun Mahathir tidak perlu untuk bersusah payah kembali aktif ke lapangan politik dan menggadaikan legasinya jika beliau mahu Anwar menjadi PM Malaysia.

Tun Mahathir pernah melontarkan cadangan agar Muhyiddin diterima sebagai PM Malaysia sekiranya pembangkang memang dalam PRU-14 kelak. Tetapi cadangan itu tidak dipersetujui oleh DAP dan PKR.

Ternyata soal bakal PM bagi komponan Pakatan bukan suatu perkara mudah untuk diselesaikan. Ia semacam agenda yang tidak pernah selesai kepada Pakatan Harapan, khususnya selepas penyertaan Tun Mahathir dan PPBM. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru