Monday, June 27, 2022

AIM sedia banyak peluang bantu rakyat keluar dari kancah kemiskinan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai peluang disediakan untuk memulakan perniagaan, ramai dalam kalangan masyarakat tidak bijak menggunakannya kerana boleh dikatakan malas dan mahu semuanya disuap kerajaan.

Tetapi bagi G. Amuthavalli (gambar), impian untuk membesarkan skop pembuatan kek dan biskut menerusi Mum’s Cake Enterprise akhirnya tercapai juga. Walaupun menyedari hakikat bahawa kesihatan diri tidak mengizinkan, bekas jururawat swasta itu berjaya mengharungi kehidupan penuh susah untuk digelar usahawan kek.

Berasal dari Jinjang Utara, suri rumah beranak tiga dan berusia 54 tahun itu bercadang membuka bakeri kek sendiri di kediaman baharunya di Projek Perumahan Rakyat Jinjang Utara Menceritakan kisah hidup susahnya, Amuthavalli berkata, beliau terpaksa bersara awal dari kerjayanya setelah mengalami serangan strok pada tahun 1986.

“Ketiga-tiga anak kami ketika itu bersekolah manakala suami saya di penghujung persaraan sebagai kakitangan am Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pendapatannya tidaklah sebesar mana.

“Saya juga mempunyai penyakit jantung berlubang bersaiz 13 sentimeter dan masih menjalani rawatan susulan di hospital Besar Kuala Lumpur,” katanya.

Semasa memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan, beliau dinasihati kakak saudaranya supaya meluaskan skop pembuatan kek dengan bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Amuthavalli mencari maklumat berkaitan AIM dan jenis bantuan yang boleh dimanfaatkan untuk perniagaan keknya ke taraf usahawan kecil berjaya.

“Pada mulanya saya meraih pendapatan sekitar RM500 hingga RM700 sebulan daripada hasil pembuatan kek. “Selepas memohon pinjaman AIM RM3,000 saya meluaskan lagi skop pembuatan itu menambah peralatan membuat kek antaranya ketuhar elektrik. Sekarang beliau mampu menjana lebih RM3,00 sebulan. Lebih menggembirakan ketiga-tiga anaknya berjaya dengan cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing.

Menurut Amuthavalli, hasil bantuan kerajaan menerusi AIM dan program ‘ASKME’ anjuran SEED di JPM berjaya membentuk dirinya sebagai seorang usahawan kecil yang berjaya sehingga mempunyai pelanggan tetap dalam kalangan Melayu dan juga Cina.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru