Tuesday, June 28, 2022

Pindahkan buaya besar seberat satu tan guna jengkaut dari Sungai Suai, Niah

Secara Rawak

MIRI: Unit Tindakan Cepat Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) semalam berjaya menjalankan satu lagi operasi penakaian buaya di Sungai Suai, Niah.

Penangkapan dan pemindahan kali ini membabitkan buaya bersaiz lebih besar, sepanjang 17.1 kaki.

“Unit SWAT kami telah menerima laporan penduduk kampung pada 12 Mei lalu mengenai seekor buaya besar yang kelihatan berlegar di sepanjang sungai tersebut.

“Hasil laporan itu, unit SWAT daripada SFC Miri telah diatur gerak ke lokasi pada Ahad lepas,” kata SFC dalam satu kenyataan.

Tiga unit mata kail serta umpan kemudian dipasang untuk mengumpan dan menangkap buaya tersebut.

“Seekor buaya jantan akhirnya memakan salah satu umpan semalam sebelum ditarik ke kawasan darat dan diikat.

Berikutan saiznya yang besar dan berat hingga mencecah satu tan, jengkaut perlu digunakan untuk memindahkan buaya itu dari tebing sungai ke dalam lori, sebelum dipindahkan ke Ladang Buaya Benaya, ujar kenyataan itu lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru